Thursday, April 19, 2012

MALAYSIAN INSTITUTE FOR REIKI



merupakan sebuah akademi latihan dan pembelajaran REIKI mengikut skima antarabangsa dan mengekalkan cara tradisional. MIR dibawah pengurusan IQBC dan telah didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.  MIR menawarkan kursus serta kelas-kelas reiki sepanjang tahun di mana para pelajarnya terdiri dari semua peringkat dan golongan masyarakat, agama dan bangsa. Jumlah bilangan pelajar yang mengikuti kursus REIKI di sini semakin bertambah dari sehari ke sehari. Ini menunjukkan satu perkembangan yang positif bagi rawatan alternatif dalam bidang perubatan di Malaysia.

MIR menawarkan latihan serta pembelajaran yang berkesan, dalam keadaan selesa dan mengikut garis panduan skima antarabangsa. Disamping itu, nota-nota juga dibekalkan dalam bahasa Malaysia dan Inggeris demi memudahkan pemahaman pelajar ketika kursus dijalankan. Dalam mempastikan kualiti pembelajaran dan pemahaman pelajar, MIR menganjurkan sesi perjumpaan untuk berkongsi pendapat dan pandangan serta menjawab setiap persoalan dan permasalahan yang timbul. Perjumpaan ini diadakan setiap minggu pertama dalam setiap bulan. Ia terbuka kepada semua pelajar-pelajar yang telah mengikuti kursus serta kepada sesiapa sahaja yang ingin mengenali REIKI dengan lebih dekat.


KURSUS – KURSUS YANG DITAWARKAN DI M.I.R

Terdapat banyak kursus – kursus yang ditawarkan untuk sesiapa sahaja yang berminat mendalami ilmu rawatan alternatif dan yang ingin menambahkan ilmu pengetahuan. Semua kursus ini dijalankan dalam satu kumpulan kecil untuk memudahkan proses pembelajaran dan perhatian yang lebih khusus. Setiap kursus – kursus ini diajar oleh tenaga pengajar yang bertauliah dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang terapi alternatif. Malah semua tenaga pengajar ini berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia  (KKM).

Semua kursus yang diajar mengikut piawaian dan silibus yang terkandung di dalam setiap subjek mengikut skima antarabangsa. Setiap kursus – kursus dibahagikan kepada dua pecahan teknik pengajaran iaitu teori dan amali.




ANTARA KURSUS – KURSUS YANG DITAWARKAN :

Reiki Tahap I 
Reiki Tahap II
Reiki Tahap Lanjutan
Reiki Tahap Master
Karuna Ki
Imara Reiki
Reiki i-Kids
Reiki i-Teen
Kursus Numerologi
Nur Reiki Salam
Meditasi Sufi
Iridology & Physiology
Vibrational Medicine & Applied Kinesiology

Setiap kursus-kursus ini mempunyai yuran yang berbeza-beza. Kursus-kursus ini dikupas secara terperinci malah setiap kursus ini melibatkan ilmu Sains Bio Energi Manusia iaitu sistem badan manusia. Kursus yang dijalankan di M.I.R adalah pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

Hubungi saya untuk maklumat mengenai REIKI : 014 641 9916

No comments:

Post a Comment