Sunday, April 8, 2012

MENYELAMI RAHSIA TARIKH LAHIR, MEMBONGKAR kHAZANAH DALAMAN



Alam ini tidak dijadikan dalam keadaan HAMPA, KOSONG atau TIADA ERTI. Alam ini dijadikan penuh dengan kepelbagaian WARNA,ATURCARA serta HUKUM-HAKAM. Semua ini mempunyai maksud  dan makna yang perlu diakses. Di dalam  dunia ini terdapat pelbagaiPETUNJUK yang boleh dikenal pasti atau KODyang boleh diakses oleh setiap individu. UntukMERUNGKAI KOD atau MEMAHAMI PETUNJUKini, seseorang itu perlulah memiliki ILMU yangTEPAT. Ilmu ini merupakan gabungan dari pelbagai cabang ilmu iaitu Ilmu Metamatika, Psikologi Tingkah Laku, Feng Shui, Ilmu Falak, Ilmu Hukum Keseimbangan atau Pasangan dll. Ianya diibaratkan sebagai KUNCI kepadaSUKSES. Dengan Teknik ini, seseorang itu akan memiliki ANAK KUNCI KEJAYAAN.

Persoalan yang utama – Apa yang hendak dibuat dengan ANAK KUNCI KEJAYAAN itu?

Sebelum itu, mari kita fahami dahulu ‘perkara apa yang harus difahami’. Kunci itu harus digunakan dalam membuka akses kepada KOD-KOD RAHSIA yang tersembunyi di dalam tarikh lahir. Dengan merungkai KOD ini, seseorang itu mampu :
  • Melakukan LONJAKAN PARADIGMA diri
  • Memecah KEBUNTUAN PERMASALAHAN
  • Memahami PETUNJUK ALAM
  • Membaca ZON permasalahan pada tubuh fizik
  • Mencari KESERASIAN dalam membina hubungan sosial, keluarga dan kerjaya
  • Memahami KEKUATAN DIRI dari sudut mental, emosi dan rohani
  • Malah MAMPU untuk menjadi PENYELESAI MASALAH a.k.a ‘Problem Solver’ kepada setiap permasalahan yang datang


Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu : Ananlisis Tarikh Lahir – Numerologi. Selain dari teori dan falsafah, ilmu ini mengandungi ribuan teknik yang boleh dipelajari, diolah, diterokai dan dipraktikkan. Semuanya berdasarkan kreativiti. Mengapa kreativiti? Ini kerana dengan kreativiti seseorang itu menggunakan otak kanan untuk mendapatkan GAMBARAN dengan dibantu oleh otak kiri yang lebih kepada LOGIK.

Kod yang dimaksudkan adalah NOMBOR (fungsi otak kiri). Manakala nombor itu pula mempunyai makna SIMBOLIK dari segi UNSUR (fungsi otak kanan). Nombor-nombor ini datangnya dari tarikh lahir, tarikh bulan, tarikh tahun serta tarikh bagi hari. Otak kiri melihat nombor manakala otak kanan melihat unsur.
Ketika melakukan analisis, seseorang itu menggunakan kedua-dua belahan otaknya. Ini secara tidak langsung meningkatkan tahap penggunaan otak kanan dan otak kiri. Ini memberi faedah kepada penganalisis. Gabungan Minda Sedar + Minda Separa Sedar juga turut berlaku ketika sesi analisis. Bayangkan KEHEBATAN POTENSI MINDA anda ketika itu, ianya bekerja secara MAKSIMUM!!

Minda separa sedar juga turut mempunyai ciri-cirinya yang TERSENDIRI dan ianya boleh dikenal pasti dengan teknik Numerologi. Ianya disimbolikkan berdasarkan UNSUR. Dengan mengetahui unsurnya, minda sedar mampu bergabung dengan minda separa sedar berdasarkan unsur.

Kegagalan minda sedar bekerjasama dengan minda separa sedar akan mewujudkan senario‘pertembungan arahan’ di dalam peringkat alam minda. Senario ini amat merugikan. Jika dibiarkan akan memakan diri dan berakhir kepada keluhan seperti – “Beginilah nasib saya…”

Nasib pula yang dipersalahkan. Dengan numerologi, NASIB ini dapat dicorakkan dan digubah. Untuk itu, aspek KEROHANIAN atau penilaian dari sudut SQ diperlukan. Dengan memahami kelemahan, seseorang itu dapat melihat sesuatu yang BURUK akan berlaku pada masa akan datang, ini berdasarkan potensi nombor kelemahan. Akan tetapi, dengan memahami KEKUATAN, seseorang itu dapat melihat dan merangka strategi untuk BERJAYA !!, ini berdasarkan POTENSI NOMBOR KEKUATAN. Malah dengan penggunaan IESQ, kelemahan boleh ditukar kepada KEKUATAN !!!!

Perkara ini banyak disalah tafsirkan sebagai ilmu ramalan. Perlulah diketahui, Numerologi membantu berdasarkan kod yang mengandungi makna disebalik. Proses ini sama seperti meramal keadaan cuaca. Setiap perkara memerlukan  persediaan yang secukupnya.

Numerologi juga merupakan salah satu teknik yang AMPUH untuk melakukan TRANSFORMASI DIRI. Teknik ini amat sesuai untuk mereka yang bercita-cita untuk menjadi PAKAR KAUNSELING atauPAKAR MOTIVASI, malah ianya turut membantu mereka yang mementingkan Perniagaan & Kewangan, Perhubungan sosial antara masyarakat, Perhubungan Kekeluargaan & Kerjaya.

No comments:

Post a Comment