Showing posts with label islamic numerology. Show all posts
Showing posts with label islamic numerology. Show all posts
Monday, April 16, 2012
MUHASABAH DIRI MENGGUNAKAN ANALISIS NUMEROLOGI
Salah satu amalan atau kaedah untuk membuat semakan diri adalah dengan bermuhasabah. Muhasabah diri biasanya dilakukan pada waktu malam dimana seseorang itu akan mengingati kembali perilaku, tindakan dan hasilnya sepanjang hari. Ianya biasanya dilakukan sebelum tidur. Diantara 4 Formula Kejayaan Aura Rohaniah adalah dengan muhasabah diri.
Terdapat pelbagai kaedah yang telah dibangunkan dewasa ini yang hanya bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran yang pelbagai tingkatan ini. Tahukah anda bahawa kita boleh mewarnai sesi muhasabah diri itu agar menjadi lebih segar dan memberi kesan yang lama pada diri?
Antaranya adalah dengan menggunakan kaedah Numerologi. Pendekatan numerik ini akan membantu meningkatkan kesedaran dari satu sudut pandangan dimensi baru. Kaedah dapat meluaskan lagi skop jangkauan analisis tingkahlaku ketika melakukan muhasabah. Dengan meneliti makna simbolik disebalik nombor dapat membantu menemukan titik pemisah di antaraperilaku dalam kawalan dan perilaku luar kawalan. Ianya seperti menghurai satu-persatu kod misteri ilmu nombor.
Merenung jauh (kekuatan minda bawah sedar ~ kekuatan memori) serta manghayati (kekuatan perasaan atau emosi) makna simbolik nombor dapat membantu dalam meningkatkan tahap kesedaran dan memicu KECERDASAN ROHANI. “Nombor adalah KUNCI.” “Ia mampu membuka pintu segala punca permasalahan. Ianya akan menemukan jawapan yang dicari.” Teknik analisis numerologi ini merupakan teknik yang menekan aspek teknikal yang sangat tinggi. Gerak kerja analisis juga akan berlaku dalam keadaan yang cukup terperinci.
Dengan itu, sesi muhasabah akan menjadi lebih menarik dan segar. Melihat diri dari sudut yang berbeza mampu untuk menjadikan seseorang itu MENEMUI kekuatan ~KHAZANAH yang tersembunyi, malah akan terlihat juga kelemahan dan keburukan diri. Hal ini akan ditemui secara serentak.
Sikap Muthmainah atau tenang diperlukan dalam mengimbangi gerakan tenaga atau Chi dalam tubuh. Tujuan muhasabah ialah untuk memperbaiki diri dan gabungan teknik numerologi ini hanya untuk membantu anda melihat sesuatu perkara dari sudut yang berlainan dan secara keseluruhan Ianya seperti 4 arah mata angin, 4 tingkat ilmu, ialah melambangkan sesuatu yang lengkap. Banyak perkara yang boleh ‘dibaca’ hanya berdasarkan nombor semata-mata.
Keunikan kaedah ini ialah terletak pada hasil analisis yang pasti berbeza untuk setiap hari. “Ini membawa maksud bahawa setiap hari itu mempunyai petunjuk yang TERANG. Ianya seperti ‘signboard’ dijalanraya. Ianya MAMPU diakses oleh mereka yang memahaminya.” Dibawah adalah perkongsian cara saya melaku muhasabah diri pada setiap malam dengan menggunakan analisis numerologi. Mula-mula… Kira numerologi diri.
Contohnya:
19/1/1982 1 + 9 + 1 + 1 + 9 + 8 + 2 = 31 3 + 1 = 4
Kira numerologi hari.
Contohnya:
19/5/2012 1 + 9 + 5 + 2 + 3 = 20 2 + 0 = 2
Dapatkan kesesuaian Nombor Dir dengan Nombor Utama hari itu. Buat kiraan piramik. Mulakan analisis, renung dan muhasabah… Lihat unsur & nombor kekuatan diri diri dan lihat unsur & nombor kekuatan, kawalan dan sokongan untuk hari itu.
Buat kiraan piramik. Mulakan analisis, renung dah muhasabah…. Lihat unsur & nombor kelemahan diri dan lihat unsur & nombor kelemahan, halangan dan tekanan untuk hari itu.
Buat kiraan piramik. Mulakan analisis, renung dan muhasabah… Lakukan kiraan yang sama untuk hari esok dan ulang gerak kerja analisis seperti di atas. Dengan melakukan analisis yang sederhana sudah cukup untuk anda mendapatkan GAMBARAN dalam minda dan ianya seperti DIULANG TAYANGKAN kepada anda. Tujuan muhasabah diri anda akan melonjak ke tingkat yang seterusnya. Kesedaran dan kecerdasan rohani anda akan mengalami pencerahan.
Anda akan mengalami "TRANSFORMASI HIJRAH
DIRI".
Sumber: http://mastershifoo.wordpress.com
Labels:
islamic numerology,
numerology,
rahsia tarikh lahir
Sunday, April 8, 2012
MENYELAMI RAHSIA TARIKH LAHIR, MEMBONGKAR kHAZANAH DALAMAN
Alam ini tidak dijadikan dalam keadaan HAMPA, KOSONG atau TIADA ERTI. Alam ini dijadikan penuh dengan kepelbagaian WARNA,ATURCARA serta HUKUM-HAKAM. Semua ini mempunyai maksud dan makna yang perlu diakses. Di dalam dunia ini terdapat pelbagaiPETUNJUK yang boleh dikenal pasti atau KODyang boleh diakses oleh setiap individu. UntukMERUNGKAI KOD atau MEMAHAMI PETUNJUKini, seseorang itu perlulah memiliki ILMU yangTEPAT. Ilmu ini merupakan gabungan dari pelbagai cabang ilmu iaitu Ilmu Metamatika, Psikologi Tingkah Laku, Feng Shui, Ilmu Falak, Ilmu Hukum Keseimbangan atau Pasangan dll. Ianya diibaratkan sebagai KUNCI kepadaSUKSES. Dengan Teknik ini, seseorang itu akan memiliki ANAK KUNCI KEJAYAAN.
Persoalan yang utama – Apa yang hendak dibuat dengan ANAK KUNCI KEJAYAAN itu?
Sebelum itu, mari kita fahami dahulu ‘perkara apa yang harus difahami’. Kunci itu harus digunakan dalam membuka akses kepada KOD-KOD RAHSIA yang tersembunyi di dalam tarikh lahir. Dengan merungkai KOD ini, seseorang itu mampu :
- Melakukan LONJAKAN PARADIGMA diri
- Memecah KEBUNTUAN PERMASALAHAN
- Memahami PETUNJUK ALAM
- Membaca ZON permasalahan pada tubuh fizik
- Mencari KESERASIAN dalam membina hubungan sosial, keluarga dan kerjaya
- Memahami KEKUATAN DIRI dari sudut mental, emosi dan rohani
- Malah MAMPU untuk menjadi PENYELESAI MASALAH a.k.a ‘Problem Solver’ kepada setiap permasalahan yang datang
Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu : Ananlisis Tarikh Lahir – Numerologi. Selain dari teori dan falsafah, ilmu ini mengandungi ribuan teknik yang boleh dipelajari, diolah, diterokai dan dipraktikkan. Semuanya berdasarkan kreativiti. Mengapa kreativiti? Ini kerana dengan kreativiti seseorang itu menggunakan otak kanan untuk mendapatkan GAMBARAN dengan dibantu oleh otak kiri yang lebih kepada LOGIK.
Kod yang dimaksudkan adalah NOMBOR (fungsi otak kiri). Manakala nombor itu pula mempunyai makna SIMBOLIK dari segi UNSUR (fungsi otak kanan). Nombor-nombor ini datangnya dari tarikh lahir, tarikh bulan, tarikh tahun serta tarikh bagi hari. Otak kiri melihat nombor manakala otak kanan melihat unsur.
Ketika melakukan analisis, seseorang itu menggunakan kedua-dua belahan otaknya. Ini secara tidak langsung meningkatkan tahap penggunaan otak kanan dan otak kiri. Ini memberi faedah kepada penganalisis. Gabungan Minda Sedar + Minda Separa Sedar juga turut berlaku ketika sesi analisis. Bayangkan KEHEBATAN POTENSI MINDA anda ketika itu, ianya bekerja secara MAKSIMUM!!
Minda separa sedar juga turut mempunyai ciri-cirinya yang TERSENDIRI dan ianya boleh dikenal pasti dengan teknik Numerologi. Ianya disimbolikkan berdasarkan UNSUR. Dengan mengetahui unsurnya, minda sedar mampu bergabung dengan minda separa sedar berdasarkan unsur.
Kegagalan minda sedar bekerjasama dengan minda separa sedar akan mewujudkan senario‘pertembungan arahan’ di dalam peringkat alam minda. Senario ini amat merugikan. Jika dibiarkan akan memakan diri dan berakhir kepada keluhan seperti – “Beginilah nasib saya…”
Nasib pula yang dipersalahkan. Dengan numerologi, NASIB ini dapat dicorakkan dan digubah. Untuk itu, aspek KEROHANIAN atau penilaian dari sudut SQ diperlukan. Dengan memahami kelemahan, seseorang itu dapat melihat sesuatu yang BURUK akan berlaku pada masa akan datang, ini berdasarkan potensi nombor kelemahan. Akan tetapi, dengan memahami KEKUATAN, seseorang itu dapat melihat dan merangka strategi untuk BERJAYA !!, ini berdasarkan POTENSI NOMBOR KEKUATAN. Malah dengan penggunaan IESQ, kelemahan boleh ditukar kepada KEKUATAN !!!!
Perkara ini banyak disalah tafsirkan sebagai ilmu ramalan. Perlulah diketahui, Numerologi membantu berdasarkan kod yang mengandungi makna disebalik. Proses ini sama seperti meramal keadaan cuaca. Setiap perkara memerlukan persediaan yang secukupnya.
Numerologi juga merupakan salah satu teknik yang AMPUH untuk melakukan TRANSFORMASI DIRI. Teknik ini amat sesuai untuk mereka yang bercita-cita untuk menjadi PAKAR KAUNSELING atauPAKAR MOTIVASI, malah ianya turut membantu mereka yang mementingkan Perniagaan & Kewangan, Perhubungan sosial antara masyarakat, Perhubungan Kekeluargaan & Kerjaya.
Labels:
islamic numerology,
numerology,
rahsia tarikh lahir
Subscribe to:
Posts (Atom)
