Thursday, April 19, 2012

SUKATAN PELAJARAN REIKI DI M.I.R



      Berikut disenaraikan sukatan pelajaran/ syllabus yang diajar di M.I.R bermula dari REIKI TAHAP 1 hingga tahap Master. Sukatan ini menggunakan sukatan pelajaran REIKI antarabangsa.

REIKI TAHAP 1 (RM760)

BAHAGIAN I
  • Pengenalan Kepada REIKI
  • Sejarah REIKI
  • Penggunaan REIKI
  • Maksud Penyembuhan
  • Tiga Peringkat Pengijazahan REIKI


BAHAGIAN II
  • Elemen-Elemen
  • Chakra
  • Tujuh Chakra Utama
  • Carta Rujukan Warna Chakra


REIKI BAHAGIAN III
  • Keperluan Dan Persiapan
  • Tujuan Attunement – Penyelarasan Tenaga Panduan Penyembuhan Diri – Self Healing Dua Puluh Satu (21) Hari Proses Pembersihan


REIKI TAHAP  2 (RM1200)

BAHAGIAN I
  • Pusat Tenaga / Chakra
  • Aura / Medan Elektromagnetik
  • Kundalini / Jaluran Tenaga Utama


BAHAGIAN II
  • SIMBOL REIKI
  • Simbol Pertama
  • Simbol Kedua
  • Simbol Ketiga


BAHAGIAN III
(ATTUNEMENT & SELF CLEANSING)
  • Keperluan Dan Persiapan
  • Tujuan Attunement
  • Persiapan Untuk Attunement
  • Semasa Proses Attunement
  • Selepas Proses Attunement
  • Pembersihan Fizikal
  • Latihan Pernafasan Harian
  • Panduan Penyembuhan Diri
  • Dua Puluh Satu Hari Proses Penyembuhan


BAHAGIAN IV
(MERAWAT AHLI KELUARGA, RAKAN DAN ORANG LAIN
Menggunakan REIKI)
  • Reiki Tidak Mendatangkan Kerosakkan
  • Tenaga Tidak Berkurang
  • Sesiapa Sahaja Boleh Belajar Reiki
  • Panduan Dan Tertib Penyembuhan
  • Persekitaran
  • Persediaan Untuk Rawatan
  • Proses Rawatan
  • Scanning (imbasan)

  
REIKI TAHAP LANJUTAN  3a - ADVANCE REIKI (RM1200)

BAHAGIAN I
  • Simbol Usui Master


BAHAGIAN II
(ATTUNEMENT & SELF CLEANSING)
  • Keperluan Dan Persiapan
  • Tujuan Attunement
  • Persiapan Untuk Attunement
  • Semasa Proses Attunement
  • Selepas Proses Attunement
  • Pembersihan Fizikal
  • Latihan Pernafasan Harian
  • Panduan Penyembuhan Diri
  • Dua Puluh Satu Hari Proses Penyembuhan


BAHAGIAN III
(MEDITASI REIKI DAN TEKNIK LANJUTAN)
  • Meditasi Reiki
  • Teknik Lanjutan
  • Pembedahan Psikik- Mengalihkan Energi Negatif


REIKI PERINGKAT MASTER 3b (RM1800)
  • Kelayakan & Syarat Untuk Reiki Master
  • Kod & Etika Umum
  • Kod & Etika Khusus
  • Tanggungjawab sebagai ‘Master’
  • Tanggungjawab Sebagai guru ‘Master’
  • Ciri-ciri dan panduan sebagai Pengajar
  • Simbol-simbol pada peringkat ‘Reiki Master’
  • Pengijazahan
  • Tujuan
  • Tatacara
  • Tertib
  • Teknik Pengijazahan Reiki 1
  • Teknik Pengijazahan Reiki 2
  • Teknik Pengijazahan Reiki 3A- Advance
  • Teknik Pengijazahan Master
  • Teknik Pengijazahan – Reiki for Healing
  • Teknik Pengijazahan – Jarak Jauh
* Mahal?? Sempena Promosi Tahun Naga ada diskaun untuk PAKEJ MASTERY



MALAYSIAN INSTITUTE FOR REIKI



merupakan sebuah akademi latihan dan pembelajaran REIKI mengikut skima antarabangsa dan mengekalkan cara tradisional. MIR dibawah pengurusan IQBC dan telah didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.  MIR menawarkan kursus serta kelas-kelas reiki sepanjang tahun di mana para pelajarnya terdiri dari semua peringkat dan golongan masyarakat, agama dan bangsa. Jumlah bilangan pelajar yang mengikuti kursus REIKI di sini semakin bertambah dari sehari ke sehari. Ini menunjukkan satu perkembangan yang positif bagi rawatan alternatif dalam bidang perubatan di Malaysia.

MIR menawarkan latihan serta pembelajaran yang berkesan, dalam keadaan selesa dan mengikut garis panduan skima antarabangsa. Disamping itu, nota-nota juga dibekalkan dalam bahasa Malaysia dan Inggeris demi memudahkan pemahaman pelajar ketika kursus dijalankan. Dalam mempastikan kualiti pembelajaran dan pemahaman pelajar, MIR menganjurkan sesi perjumpaan untuk berkongsi pendapat dan pandangan serta menjawab setiap persoalan dan permasalahan yang timbul. Perjumpaan ini diadakan setiap minggu pertama dalam setiap bulan. Ia terbuka kepada semua pelajar-pelajar yang telah mengikuti kursus serta kepada sesiapa sahaja yang ingin mengenali REIKI dengan lebih dekat.


KURSUS – KURSUS YANG DITAWARKAN DI M.I.R

Terdapat banyak kursus – kursus yang ditawarkan untuk sesiapa sahaja yang berminat mendalami ilmu rawatan alternatif dan yang ingin menambahkan ilmu pengetahuan. Semua kursus ini dijalankan dalam satu kumpulan kecil untuk memudahkan proses pembelajaran dan perhatian yang lebih khusus. Setiap kursus – kursus ini diajar oleh tenaga pengajar yang bertauliah dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang terapi alternatif. Malah semua tenaga pengajar ini berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia  (KKM).

Semua kursus yang diajar mengikut piawaian dan silibus yang terkandung di dalam setiap subjek mengikut skima antarabangsa. Setiap kursus – kursus dibahagikan kepada dua pecahan teknik pengajaran iaitu teori dan amali.




ANTARA KURSUS – KURSUS YANG DITAWARKAN :

Reiki Tahap I 
Reiki Tahap II
Reiki Tahap Lanjutan
Reiki Tahap Master
Karuna Ki
Imara Reiki
Reiki i-Kids
Reiki i-Teen
Kursus Numerologi
Nur Reiki Salam
Meditasi Sufi
Iridology & Physiology
Vibrational Medicine & Applied Kinesiology

Setiap kursus-kursus ini mempunyai yuran yang berbeza-beza. Kursus-kursus ini dikupas secara terperinci malah setiap kursus ini melibatkan ilmu Sains Bio Energi Manusia iaitu sistem badan manusia. Kursus yang dijalankan di M.I.R adalah pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

Hubungi saya untuk maklumat mengenai REIKI : 014 641 9916

Self Transformation Centre @ Pusat Hijrah Diri

SELF TRANSFORMATION CENTRE
1536 29151669412965 355295

110

Surah An-Nasr (110 - 3 AYAT)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


Apabila datang perTOLONGAN Allah dan keMENANGAN (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -
(An-Nasr 110:1) 

Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, -
(An-Nasr 110:2)

Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
(An-Nasr 110:3)



HARI INI - KHAMIS (5)

19 04 : 20 12
1 4 : 2 3
5 : 5
1

huwa AWWAL & CERMIN (5&5)


hari ini juga bersamaan

27 Jamidilawwal 1433H 
27 05 : 14 33
9 5 : 5 6
5 : 2
7

HARI INI HARI KE 110 tahun 2012!

Tuesday, April 17, 2012

CERITA NAGA

TAHUN 4710 - TAHUN NAGA AIR NAGA ada di mana-mana. Dalam mitos Cina ada NAGA. Dalam anut HINDU dan BUDDHA ada NAGAS. Dalam kisah raja barat ada NAGA. Dalam cerita melayu lama ada NAGA. Dalam AIR ada NAGA. Dalam API ada NAGA. SANA NAGA.. SINI NAGA. Ada NAGA diam di tasek. Ada NAGA di atas langit. Ada NAGA dalam SELUAR. Ada NAGA pada TENGKOLOK. Ada NAGA pada KERIS. Ada NAGA pada JATA. Ada NAGA pada cincin. Ada NAGA pada GELANG. Ada NAGA pada PEDANG. Ada PONTOH BERNAGA. Ada KUEH BERNAGA. Ada SONGKET TENUN BERNAGA. Ada UKIR BERNAGA. Ada lakar LUKIS BERNAGA. Ada SELUAR BERNAGA.. ada BAJU BERNAGA! NAGA itu.. NAGA ini..

Monday, April 16, 2012

MUHASABAH DIRI MENGGUNAKAN ANALISIS NUMEROLOGI




     Salah satu amalan atau kaedah untuk membuat semakan diri adalah dengan bermuhasabah. Muhasabah diri biasanya dilakukan pada waktu malam dimana seseorang itu akan mengingati kembali perilaku, tindakan dan hasilnya sepanjang hari. Ianya biasanya dilakukan sebelum tidur. Diantara 4 Formula Kejayaan Aura Rohaniah adalah dengan muhasabah diri.

     Terdapat pelbagai kaedah yang telah dibangunkan dewasa ini yang hanya bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran yang pelbagai tingkatan ini. Tahukah anda bahawa kita boleh mewarnai sesi muhasabah diri itu agar menjadi lebih segar dan memberi kesan yang lama pada diri?

     Antaranya adalah dengan menggunakan kaedah Numerologi. Pendekatan numerik ini akan membantu meningkatkan kesedaran dari satu sudut pandangan dimensi baru. Kaedah dapat meluaskan lagi skop jangkauan analisis tingkahlaku ketika melakukan muhasabah. Dengan meneliti makna simbolik disebalik nombor dapat membantu menemukan titik pemisah di antaraperilaku dalam kawalan dan perilaku luar kawalan. Ianya seperti menghurai satu-persatu kod misteri ilmu nombor.
   
     Merenung jauh (kekuatan minda bawah sedar ~ kekuatan memori) serta manghayati (kekuatan perasaan atau emosi) makna simbolik nombor dapat membantu dalam meningkatkan tahap kesedaran dan memicu KECERDASAN ROHANI. “Nombor adalah KUNCI.” “Ia mampu membuka pintu segala punca permasalahan. Ianya akan menemukan jawapan yang dicari.” Teknik analisis numerologi ini merupakan teknik yang menekan aspek teknikal yang sangat tinggi. Gerak kerja analisis juga akan berlaku dalam keadaan yang cukup terperinci.

     Dengan itu, sesi muhasabah akan menjadi lebih menarik dan segar. Melihat diri dari sudut yang berbeza mampu untuk menjadikan seseorang itu MENEMUI kekuatan ~KHAZANAH yang tersembunyi, malah akan terlihat juga kelemahan dan keburukan diri. Hal ini akan ditemui secara serentak.

     Sikap Muthmainah atau tenang diperlukan dalam mengimbangi gerakan tenaga atau Chi dalam tubuh. Tujuan muhasabah ialah untuk memperbaiki diri dan gabungan teknik numerologi ini hanya untuk membantu anda melihat sesuatu perkara dari sudut yang berlainan dan secara keseluruhan Ianya seperti 4 arah mata angin, 4 tingkat ilmu, ialah melambangkan sesuatu yang lengkap. Banyak perkara yang boleh ‘dibaca’ hanya berdasarkan nombor semata-mata.

     Keunikan kaedah ini ialah terletak pada hasil analisis yang pasti berbeza untuk setiap hari. “Ini membawa maksud bahawa setiap hari itu mempunyai petunjuk yang TERANG. Ianya seperti ‘signboard’ dijalanraya. Ianya MAMPU diakses oleh mereka yang memahaminya.” Dibawah adalah perkongsian cara saya melaku muhasabah diri pada setiap malam dengan menggunakan analisis numerologi. Mula-mula… Kira numerologi diri.
      Contohnya:

                        19/1/1982 1 + 9 + 1 + 1 + 9 + 8 + 2 = 31 3 + 1 = 4

Kira numerologi hari.
      Contohnya:

                        19/5/2012  1 + 9 + 5 + 2 + 3 = 20 2 + 0 = 2

     Dapatkan kesesuaian Nombor Dir dengan Nombor Utama hari itu. Buat kiraan piramik. Mulakan analisis, renung dan muhasabah… Lihat unsur & nombor kekuatan diri diri dan lihat unsur & nombor kekuatan, kawalan dan sokongan untuk hari itu.
     Buat kiraan piramik. Mulakan analisis, renung dah muhasabah…. Lihat unsur & nombor kelemahan diri dan lihat unsur & nombor kelemahan, halangan dan tekanan untuk hari itu.

     Buat kiraan piramik. Mulakan analisis, renung dan muhasabah… Lakukan kiraan yang sama untuk hari esok dan ulang gerak kerja analisis seperti di atas. Dengan melakukan analisis yang sederhana sudah cukup untuk anda mendapatkan GAMBARAN dalam minda dan ianya seperti DIULANG TAYANGKAN kepada anda. Tujuan muhasabah diri anda akan melonjak ke tingkat yang seterusnya. Kesedaran dan kecerdasan rohani anda akan mengalami pencerahan.
Anda akan mengalami   "TRANSFORMASI HIJRAH 
DIRI".

Sumber: http://mastershifoo.wordpress.com

Monday, April 9, 2012

PROMOSI MEI 2012

Salam Aura Kedamaian... Sepanjang MEI ini, buat julung kalinya kami menawarkan kursus "DRAGON REIKI MASTER" bersempena dengan bulan NAGA yang jarang-jarang berlaku kerana siri pengulangannya akan berlaku dalam masa 12 tahun lagi. Bagi yang masih tercari-cari akan ilmu hikmah ini. Inilah saatnya, inilah masanya.

Sunday, April 8, 2012

MENYELAMI RAHSIA TARIKH LAHIR, MEMBONGKAR kHAZANAH DALAMAN



Alam ini tidak dijadikan dalam keadaan HAMPA, KOSONG atau TIADA ERTI. Alam ini dijadikan penuh dengan kepelbagaian WARNA,ATURCARA serta HUKUM-HAKAM. Semua ini mempunyai maksud  dan makna yang perlu diakses. Di dalam  dunia ini terdapat pelbagaiPETUNJUK yang boleh dikenal pasti atau KODyang boleh diakses oleh setiap individu. UntukMERUNGKAI KOD atau MEMAHAMI PETUNJUKini, seseorang itu perlulah memiliki ILMU yangTEPAT. Ilmu ini merupakan gabungan dari pelbagai cabang ilmu iaitu Ilmu Metamatika, Psikologi Tingkah Laku, Feng Shui, Ilmu Falak, Ilmu Hukum Keseimbangan atau Pasangan dll. Ianya diibaratkan sebagai KUNCI kepadaSUKSES. Dengan Teknik ini, seseorang itu akan memiliki ANAK KUNCI KEJAYAAN.

Persoalan yang utama – Apa yang hendak dibuat dengan ANAK KUNCI KEJAYAAN itu?

Sebelum itu, mari kita fahami dahulu ‘perkara apa yang harus difahami’. Kunci itu harus digunakan dalam membuka akses kepada KOD-KOD RAHSIA yang tersembunyi di dalam tarikh lahir. Dengan merungkai KOD ini, seseorang itu mampu :
  • Melakukan LONJAKAN PARADIGMA diri
  • Memecah KEBUNTUAN PERMASALAHAN
  • Memahami PETUNJUK ALAM
  • Membaca ZON permasalahan pada tubuh fizik
  • Mencari KESERASIAN dalam membina hubungan sosial, keluarga dan kerjaya
  • Memahami KEKUATAN DIRI dari sudut mental, emosi dan rohani
  • Malah MAMPU untuk menjadi PENYELESAI MASALAH a.k.a ‘Problem Solver’ kepada setiap permasalahan yang datang


Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu : Ananlisis Tarikh Lahir – Numerologi. Selain dari teori dan falsafah, ilmu ini mengandungi ribuan teknik yang boleh dipelajari, diolah, diterokai dan dipraktikkan. Semuanya berdasarkan kreativiti. Mengapa kreativiti? Ini kerana dengan kreativiti seseorang itu menggunakan otak kanan untuk mendapatkan GAMBARAN dengan dibantu oleh otak kiri yang lebih kepada LOGIK.

Kod yang dimaksudkan adalah NOMBOR (fungsi otak kiri). Manakala nombor itu pula mempunyai makna SIMBOLIK dari segi UNSUR (fungsi otak kanan). Nombor-nombor ini datangnya dari tarikh lahir, tarikh bulan, tarikh tahun serta tarikh bagi hari. Otak kiri melihat nombor manakala otak kanan melihat unsur.
Ketika melakukan analisis, seseorang itu menggunakan kedua-dua belahan otaknya. Ini secara tidak langsung meningkatkan tahap penggunaan otak kanan dan otak kiri. Ini memberi faedah kepada penganalisis. Gabungan Minda Sedar + Minda Separa Sedar juga turut berlaku ketika sesi analisis. Bayangkan KEHEBATAN POTENSI MINDA anda ketika itu, ianya bekerja secara MAKSIMUM!!

Minda separa sedar juga turut mempunyai ciri-cirinya yang TERSENDIRI dan ianya boleh dikenal pasti dengan teknik Numerologi. Ianya disimbolikkan berdasarkan UNSUR. Dengan mengetahui unsurnya, minda sedar mampu bergabung dengan minda separa sedar berdasarkan unsur.

Kegagalan minda sedar bekerjasama dengan minda separa sedar akan mewujudkan senario‘pertembungan arahan’ di dalam peringkat alam minda. Senario ini amat merugikan. Jika dibiarkan akan memakan diri dan berakhir kepada keluhan seperti – “Beginilah nasib saya…”

Nasib pula yang dipersalahkan. Dengan numerologi, NASIB ini dapat dicorakkan dan digubah. Untuk itu, aspek KEROHANIAN atau penilaian dari sudut SQ diperlukan. Dengan memahami kelemahan, seseorang itu dapat melihat sesuatu yang BURUK akan berlaku pada masa akan datang, ini berdasarkan potensi nombor kelemahan. Akan tetapi, dengan memahami KEKUATAN, seseorang itu dapat melihat dan merangka strategi untuk BERJAYA !!, ini berdasarkan POTENSI NOMBOR KEKUATAN. Malah dengan penggunaan IESQ, kelemahan boleh ditukar kepada KEKUATAN !!!!

Perkara ini banyak disalah tafsirkan sebagai ilmu ramalan. Perlulah diketahui, Numerologi membantu berdasarkan kod yang mengandungi makna disebalik. Proses ini sama seperti meramal keadaan cuaca. Setiap perkara memerlukan  persediaan yang secukupnya.

Numerologi juga merupakan salah satu teknik yang AMPUH untuk melakukan TRANSFORMASI DIRI. Teknik ini amat sesuai untuk mereka yang bercita-cita untuk menjadi PAKAR KAUNSELING atauPAKAR MOTIVASI, malah ianya turut membantu mereka yang mementingkan Perniagaan & Kewangan, Perhubungan sosial antara masyarakat, Perhubungan Kekeluargaan & Kerjaya.